Wednesday 4 March 2015

 

FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERPADUAN & KEMASYARAKATAN  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan gagasan 1 Malaysia.


Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai. Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.



Objektif Utama Gagasan 1Malaysia


1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan 
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut :

-  ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN

-  ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI



TIGA PRINSIP – TERAS PERPADUAN

1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip TERAS PERPADUAN dalam memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut:

1.       PENERIMAAN
2.       KENEGARAAN
3.       KEADILAN SOSIAL



LAPAN – NILAI ASPIRASI


  •       BUDAYA BERPRESTASI TINGGI 
  •       BUDAYA KETEPATAN
  •       BUDAYA ILMU  
  •       INTEGRITI
  •       KETABAHAN
  •       KESETIAAN
  •       KEBIJAKSANAAN
  •       BUDAYA INOVASI





KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM DI MALAYSIA
  
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA



Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.


Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.


Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam  mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.
Sejarah Membuktikan Kejayaan-Kejayaan di Malaysia Tercapai  Hasil  Daripada  Perpaduan Kaum


Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah menjadikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.

Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.

Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara sendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global. 

Segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, Rakyat Malaysia perlu terus mengekalkan semangat perpaduan. Menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan lebih cerah.

Perlu diingat, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan dan cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh banggakan. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada pelbagai etnik. Pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan rakyat berbangga mengenainya.



Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni.

Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia.

Ini semua tidak dapat dicapai jika tiada perpaduan dikalangan kita semua. Perpaduan itu sangat penting bagi sesebuah Negara bagi menjamin kemakmuran, kestabilan serta kejayaan sesebuah Negara. 


KONSEP 1 MALAYSIA

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. 

- Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

- Konsep daripada 2 kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

- Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.


Nama Ahli Kumpulan : 
1. Nur Asyikin Amat   07DPM14F2017
2. Rubianah Binti Hanif Ali   07DPM14F2045
3. Mohd Nazwan Bin Zulkifli   07DPM14F2053
4. Mohd Shazrain Bin Suhaimi   07DPM14F2057
5. Mohd Sufyan Bin Suali   07DPM14F2073